BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 4, 2012

Azura 2012: Disaster!

Poster filem Azura
 Pergh! Aku tak tau macam mana aku boleh terjebak tengok filem Azura hari tu... Sebenarnya teman seseorang sebab dia pengikut setia Neelofa (hahahaha)! Memang awal-awal aku rasa macam taknak tengok sebab ramai orang cakap cerita tu BUSUK! Huh!

Beberapa saat bermula filem ni, penonton dijamu mata dengan kecantikan Neelofa dengan tubuh badan yang letop (bagi aku dia biasa je, cantik lagi Fazura kut... eeh?), memang macam hmmmmm, ni filem ke promosi Neelofa? okay ini pandangan aku sahaja, pengikut Neelofa sila jangan naik hantu! :)

Lawa sebenarnya Neelofa ni...
 Lepas tu bermulalah filem tu, hall filem Azura ni memang besar tapi sayang seribu kali sayang, cenonet je yg datang tengok cte ni, tafsiran aku: Wowww! Penonton Malaysia sudah bijak pilih filem berkualiti atau tidak, kau letaklah PELAKON tengah PANAS sekali pun, kalau tak best tetap sayonara... -_-

Intro filem ini kucar-kacir, bayangkan hanya selepas video Azura tampar Zek (Shahrizal Jazle) tersebar kat Youtube, Zek terus tergedik-gedik cari Azura, peliknya dia pegi carik kat dalam kelas Azura kat kolej dia, sebelum tu xd pon cakap diorang satu kolej??? Pastu terus adegan kejar-mengejar, Zek nyaris dilanggar kereta lepas tu terus Azura layan Zek!

Then Zek minta tempoh seminggu kenal dengan Azura, selama seminggu aku tak tau apa yg diorang buat sebenarnya melainkan Zek bagi Azura pinjam handphone (feeling2 dah bercinta, matilah!), pastu sapu sampah lepas pasar malam habis, Azura nyanyi lagu patriotik (amat menjengkelkan, apa point ko doh?), then Zek kena pukul, Maksu (Erma Fatimah) Azura tak kasi Zek jumpa Azura dah...

Jalan cerita yang tergesa-gesa, apa yg nak dikejar aku pun tak tahu, kan lebih bagus pengarah beri penekanan kepada pengenalan mereka, macam mana hubungan cinta bercambah, siapa dia Wanda tu (tup tup scene dekat rumah Zek tangkap laki mat salleh lepas projek dgn Wanda), mati2 aku ingat minah tu skandal dia lepas setengah filem baru aku tau tu kakak dia (lain mak, wtf?)....

Klimaks pun tak tau mana satu, scene paling kelakar waktu Zek jumpa Azura kat tempat kerja Azura, minta maaf lepas kena pukul tu, Azura taknak jumpa Zek dah sebab Maksu tak kasi, takut kena halau, dialog of the year: 'Selamat tinggal Azura!' Lepas tu Azura ala-ala sedihlah berlari gedik-gedik tup tup Zek ada lagi dlm kedai tu u ollz, nak melamar katanya, siap nyanyi lagi.. Si Azura menangis (tapi air mata keluar sebelah mata je ok, ko ado?)

Lepas Azura kena halau dengan Maksu, dia pergi rumah Zek, Wanda masukkan pil khayal pastu buat video (sampai ke sudah video tu tak ada guna pun, scene bodoh, 2 saat je mat salleh tu gomol dia, bukak baju pon xsempat! ngok!), pastu masuk hospital,  Wanda berlakon baiklah...

Pergi Paris jumpa nenek Zek (Afida Es) dengan bapak Zek (Afdlin Shauki), gaduh2 bapak tak kasi kawin last2 neneknya kasi duit suruh kahwin kat London. Pastu kantoi dengan bapaknya terus aset duit elaun kena potong. Balik Malaysia Zek kerja kat stesen minyak je, di manakah logik cerita ini? Dah tak masuk akal dah zaman sekarang org kita kat stesen minyak wei, kat KL lak tu... skrg penuh warga asing saja.. letaklah dia kerja kat hotel ke, office boy (yg Zek taknak keja tu, lagi okay kot)... hmmm....

Aku suka tengok Neelofa time ni... cantik sangat
 Gaduh2 nak berpisah, pastu Orang Utan jadi penyelamat... Monalisa pon jadi penyatu... Aiyooo aku rasa aku tengok kartun Wonderpets lagi aku berperasaan lah... Sumpah filem ini sangat kucar-kacir dan kelam-kabut, kalau nak jual nama pelakon pun tolonglah hasilkan filem berkualiti, bukan tangkap muat... Rugi je pergi shooting oversea tapi hasil menghampakan! Sedih!

Camni je diorang baik balik... pastu the end and they live happily ever after...
 Tapi masih ada beberapa penyelamat filem ni seperti lakonan Erma Fatimah, Afida Es dan Afdlin Shauki... Kredit harus diberikan kepada pembawa watak Wanda iaitu Nini Marlini. Tidak lupa jua babak Zek berbaring di atas sofa tanpa baju mendedahkan bulu-bulu dadanya yang meliar (tarikan buat penonton yg gilakan mamat ni... -_-)....

Tu ha Nini Marlini paling kanan sekali tu.. lawa jugak...
 Apa-apa pun, lakonan kaku dan tanpa emosi Neelofa tidak boleh dikutuk sangatlah.. Filem pertama so bagi dia masa untuk perbaiki kelemahan... Kalau dulu Fasha Sandha pun kena kecam pasal lakonan macam gampang tapi sekarang tengok kat mana Fasha? So Neelofa sila carik pengalaman lagi dan belajar lagi bagaimana nak jadi pelakon yang baik. Kalau lakonan dah polish, confirm bertambah-tambah lakulah awak ye...

Sorry ye, aku tak pernah pun tonton filem asal Azura ni (aku lahir tahun 1988 lepas empat tahun filem Azura ditayangkan)! Tapi nanti aku carik balik ye... Saya juga bukan pengarah dan tak mahir tentang kerja-kerja produksi filem, jadi maaf kalau komen menyentapkan. Ini hanya sekadar pandangan saya sebagai penonton dan terpulanglah nak telan ke nak tolak tepi... :)

kbai...

Tuesday, January 10, 2012

Oh My Care Bear!

Korang pernah tak tengok kartun Care Bear masa kecik-kecik dulu? Alah beruang-beruang yg ada macam mood-mood kat perut dia tu... Ada beruang ceria, pelangi lah apa sume tu... Tengok jelah gambar kat bawah ni:

Ha nilah beruang-beruang care bear tu!

Kiut kan sume beruang-beruang ni! Rasa cam nak sepak-sepak je (sepak bermaksud penampar bukan sepak terajang tu yer)! Zaman aku kartun ni agak femes gak selain doraemon (yg sampai sekarang aku tengok dgn penuh kusyuk), tapi aku dah lupa cite dia cmne, ak ingat sikit2 je dia cam ada scene bear-bear ni nyanyi pastu ada tongkat naik pelangi lah.. perut dia keluar power.. hahahahaha

Okay bukan pasal kartun tu aku nak highlight kan pun, saje je intro dia menggedik sikit! hahahaha... Aku dah ada Care Bear aku sendiri! Taknak dah versi kartun! Hahahaha....

Saje nak berlagak buat entri ni nak bagitau satu dunia aku dah tak single (feeling ramai pembaca dan blogger terkenal jap). Care Bear aku tu cute (tapi aku lagi cute) dan baik hati (aku lagi baik gak) serta akan menunaikan kehendak aku yg melampau-lampau ni (part ni kasi chance dia menang.. so xperlu BOLD kan tulisan dan underline... hahahaha).

Mula-mula dulu cam xcaya je, betul ke dia ni? Muka kalau org tgk mau sorok bwh meja sebab bengis, tapi ghupe-ghupenye hati penuh bunga-bunga matahari... Mengilai sana sini je memanjang, gugur jantung setiap kali naik kereta... Hahahahaha.... Walaupun dia suka ketawa, mengata org, mulut susah nak tutup, bercakap tak henti2, pot pet pot pet je keja.... Aku tetap syg dia (alahai jiwangnya, rasa cam nak muntah kat karpet opis ni skrg gak) dan aku happy lah woiiii....

Sebenarnya aku tak tau nak tulis ape sebab aku xd idea nak ketuk stori, so aku sajelah nak mengarang memberi kata-kata pujian kat dia yg tengah berkecamuk tu... Kesian Care Bear aku tu ek.... hahahaha... Nak ulang kata-kata dia, "Walaupun saya tak ada duit berjuta....." Okay malas nak sambung ayat tu, tak tergamak nak bukak pekung org (dia lah malu aku tak kisah)... hahahaha

Ini utk kau... Eeeh! You... sori2 silap kata nama: Kalau Care Bear kat atas tu setiap seekor ada satu je power, I lagi bangga sebab Care Bear I ada semua power tu! Thank you you (hahahaha entah pape ayat)!

Kbai nak lariiii.. Malulah kita.... :p

Tambahan utk KAKLONG: Aku tak reti dialog2 sangat wei! I xmampu viber2 tu? Amende alah tu? hahahahaha

Wednesday, January 4, 2012

Resolusi

Happy New Year 2012!

Maaf baru dapat nak update, asyik malas je, tak pun mengantuk bila nak update... hahahaha... Apa-apa pun nak ucapkan selamat melangkah ke tahun baru! Sedih ke seronok ek? hmmm setiap orang berbeza perasaan.

2011 merupakan tahun yang agak mencabar bagi aku. Start bulan Januari sampai Disember hidup aku banyak berkisar pasal kerja, kerja dan kerja. Yelah baru lagi kerja kan, yeaaa dah setahun kerja! Dalam tempoh setahun tu macam-macam aku belajar.

Masuk kerja dulu, masuk meja Hiburan sebulan, lepas tu kena campak ke Crime meliputi kes-kes Mahkamah hampir dua bulan. Lepas tu pergi mengabdikan diri di meja News selama dua bulan jua! Then pergi Rencana untuk sebulan, balik meja Hiburan sebulan, lepas tu pergi balik meja Rencana. Haaaa sampai sekarang aku masih setia duduk di meja Rencana... :)

Meja Rencana pula, sebulan pertama tu aku buat sisipan Horizon, then start bulan kedua terus buat Pesona untuk tempoh lima bulan... Lepas tu kena buat Stailo sampai sekarang. Adakah aku akan buat Infiniti atau Urban selepas ini? hahahahaha... Aku tak kisah sangat as long dapat belajar dan memperbaiki kelemahan penulisan aku. Best apa dapat rasa macam-macam jenis event, barulah luas pengetahuan.

Okaylah, kerja pun alhamdulillah, ada masa stress, ada masa seronok sangat, ada masa bosan, ada masa feeling hebat... Hahahaha... Tak kisahlah apa yang aku rasa tapi yang pasti aku selesa dengan kerja aku sekarang.

Done lah pasal kerja tu! Kisah dalam kain aku sepanjang 2011 pun agak menarik... Suka orang tu, suka orang ni, pastu frust sebab cinta ditolak! hahahaha.. Pengsanlah pengakuan cenggini! Tapi aku tak pernah menyesal dengan semua tindakan aku sebab aku lebih lapang kalau aku lepaskan perasaan daripada simpan je sampai basi... wooohaaaa...

Lama gak misi pencarian cinta tu sampailah jumpa seorang manusia ni... *kalau baca jangan nak sengih sorang-sorang sangat! hahahaha*! Dia ni sebenarnya aku kenal camtu-camtu je, kenal nama tapi tak kenal peribadi lerr... Tegur pun cenggitu je. Kita kan pemalu, takutlah nak mesra lebih-lebih.. hahahaha

Lepas start berkomunikasi kan, rapat slow-slow! Heleh aku da agak da masa dia beriya-iya ajak tgk wayang tu, mesti dia ni nk mengayat aku! (maaf perasan melampau! hahaahha)! Lepas tu jadi kawan lah of course... Lama sikit lepas tu jadilah lebih daripada kawan! Oh pendedahan terhebat abad ini!

Jadi, tahun 2011 aku berakhir dengan baik, tidak solo dan happy ada dia... *Tak payah nak senyum2 lagi! hahahaha*!

Selain tu, berita duka pun ada. Tapi libatkan keluarga, aku taknak cerita, biarlah tu jadi rahsia keluarga yer.. Apa-apa pun aku sentiasa harap masalah itu akan dapat diatasi kelak.

Okay malas nak tulis panjang-panjang. 2011 best dan tak best! 2012 diharapkan menjanjikan lebih cabaran dan kebahagiaan! Mahu gemilang pada 2012!

:)

Thursday, December 8, 2011

What about what I want?

NOTA: Entri berbentuk peribadi!

Kadang-kadang aku sebenarnya tak tahu nak cakap kat siapa, nak share dengan siapa? I know aku ada ramai kawan yang willing to help and be there for me whenever I needed them.

But ada masa aku tak mahu bebankan mereka dengan perkara-perkara yang aku rasa aku boleh selesaikan sendiri. Sebab, fighting your inner demon and buat keputusan ialah perkara yang setiap orang perlu lakukan sendiri. Orang lain hanya boleh bagi nasihat tapi yang tahu rasa itu ialah diri sendiri.

Aku dah tak tahu apa benda sebenarnya aku nak. Rasa macam entah apa-apa je. Okay malaslah nak update sebab tak tahu nak terjemahkan dalam penulisan. Maybe aku belum bersedia nak bebaskan rasa yang dah berkurung sekian lama ni.

kbai

Wednesday, December 7, 2011

It's all about Lies!

When I say I want you... I didn't lie!
But when I say I don't need you... I lied!
When I say I really care about you... I didn't lie!
But when I say I don't give a damn about you... I lied!

I said I love being single... I lied!
I said I didn't like commitment and relationship... I lied!

The truth is I love you... I didn't lie!

But why am I still holding it inside?

Because you told me you sincerely love me... You lied!

I know!

Wednesday, November 30, 2011

Apa itu Hijrah?

Salam semua.... (dengan nada semangat sebab blog dah mengalami perubahan)

Okay walaupun maal hijrah dah berlalu, tapi aku baru terkial-kial nak update kan, tak apalah janji aku tulis something2 kan pasal hijrah... hijrah... hijrah Rasulku (lagu nasyid sekolah rendah dulu)...

Okay kat sini aku nak share story Rencana Utama aku yang publish sehari sebelum umat Islam sambut Maal Hijrah yakni (ada ke perkataan ni? cek PRPM dan memang wujud, lega!) pada hari Sabtu, 26 November 2011 y'all...

Ini link-nya:

Ceritanya simple sahaja, pasal dua orang lelaki berbeza latar belakang dan perspektif tentang kehidupan! Kedua-dua aku interview secara berasingan dan apa yang dapat aku simpulkan, mereka mengecapi kejayaan mengikut acuan serta cara yang berbeza.

Macam Zakaria (Aboy), dia ni baru 25 tahun tapi bayangkan dalam usia semuda itu dia dah boleh buka sebuah bengkel superbike hasil duit sendiri, tak ada minta sesiapa pun! Aku kagum sebab walaupun dia susah dulu dia jenis tak suka pinjam orang, bagi Aboy ni, kalau susah biar dia je rasa dan tak perlu babitkan orang lain.

Inilah Aboy. FOTO : FARIZWAN HASBULLAH (HAK CIPTA UTUSAN MELAYU (M) BERHAD) , jangan copy sesuka hati ya!
Belajar sampai form 2 je tau, tapi sebab dia minat dengan dunia motor-motor berkuasa tinggi ni, dia pergi KL cari kerja yang dapat jelmakan impiannya. Satu yang aku cemburu (bukan jeles yg negatif) dengan Aboy ni, dia macam selalu bernasib baik sebab apa, dia ni bukan jenis yg suka perancangan, apa dia rasa dia nak buat dia buat, tak ada fikir kesan jangka panjang, bahaya kan?

Tapi tu yg aku cakap dia nak selalu ada 'Luck' lah dan lagi satu dia ni merendah diri, tak sombong dengan orang, hidup bersederhana walaupun sekarang dia dah boleh hidup selesa. Agak tersentuh bila dapat tahu dia ambil adik-beradik dia yg lain bekerja dgn dia walaupun dia tak pernah terhutang budi dgn mereka, tapi daripada situ kita dapat nilai hati seseorang kan?

Jadi secara konklusi tentang kisah Aboy, dia pandu hidupnya untuk menjadi lebih baik berdasarkan pengalaman dan pada dirinya buku-buku teori yg dibaca bukanlah guru terbaik! Apa-apa pun aku salute mamat ni sebab dia berjaya bentuk dirinya daripada seorang yg makan sekeping roti 50 sen tu daripada pagi hingga malam sebab nak jimat duit sampailah sekarang dah mampu bercuti ke luar negara...

"Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi tak ada kemahiran mencukupi untuk berjaya dalam benda yang kita minat." - Zakaria Md. Noor, 2011.

Okay macam Aran pula, pemenang tempat ketiga Imam Muda musim pertama dulu, dia ni memang dididik sejak kecil mendampingi ilmu terutama ilmu agama berkaitan Islam. Bermula sekolah rendah sampai universiti Aran ni tak putus-putus belajar dan tambah ilmu di dada.

Ini pula Aran. FOTO : AHMAD ZAKKI JILAN (HAK CIPTA UTUSAN MELAYU (M) BERHAD) , jangan copy sesuka hati ya!
Lepas habis belajar kat Mesir selama 4 tahun, dia balik Malaysia dapat kerja kat Bank Islam, tapi lepas tu dia cuti untuk masuk Imam Muda. Lepas Imam Muda rezeki bertambah dan Aran pun lepaskan jawatan di Bank Islam.

Turning point dalam hidup Aran terjadi lepas Imam Muda, semua berubah dan sekarang dalam umur 27 tahun dia dah ada konsultan sendiri yang ditubuhkan bersama-sama dua kawan baiknya. Aran juga dapat jemputan peribadi untuk bagi ceramah atau motivasi di institusi tinggi, sekolah dan dalam masa yang sama tengah sambung master kat UKM.

Jadi, jika kita agak-agak, Aran dah boleh bahagia dengan hidup dia sekarang, macam Aran konsep hijrah dia lebih kepada daripada baik kepada lebih baik manakala Aboy daripada kurang baik menjadi lebih baik dan diharapkan kedua-dua mereka akan terus maju dalam hidup.

Begitu juga dengan kita semua, semoga kita pun dapat bertemu titik perubahan dalam hidup dan membolehkan kita berhijrah. Jangan tunggu dah tua baru nak hijrah (peringatan untuk diri sendiri jua!)

"Menuntut ilmu itu tidak pernah habis, selagi kita mampu belajar, seraplah ilmu itu dan kongsilah ilmu yang berfaedah itu bersama-sama." - Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 2011.

Okay kawan-kawan, sampai sini sahaja coretan dan karutan saya kali ini. Bye-Bye! 

R.I.P Rubbish 4Da Dummies!

Hello
Sekarang dah tak ada lagi blog lama aku nama Rubbish 4Da Dummies tu, so sekarang dah tukar nama aku, jadi orang tak confuse... Okay lepas ni aku cuba rajinkan update blog since dah wajah baru (ceh padahal tukar sikit2 je.. hahahaha)

kbai...

:)

Wednesday, November 23, 2011

Intro 'AKU MUSLIM MUALAF'

Ingat lagi tak aku pernah cakap nak buat novel???? Aku Muslim Mualaf  (ejaan Mualaf pun tak betul time tu) hahaha... waktu tu aku belum dapat kerja lagi, so aku isi masa aku taip sikit, tapi lepas kerja terus aku stop, so setakat yg adalah novel tu, Insyaallah aku nak sambung balik, since tengok sekarang sambutan novel Melayu macam dah naik balik sejak karya-karya tempatan diangkat ke filem dan teater kann...

So, aku post lah sikit cubaan pertama aku kat sini ya... NOTA: Ditulis sebelum aku dapat kerja, jika terdapat kesalahan tatabahasa sila butakan mata... hahahahaha....

Bismillahhirrahmanirrahim
            “Bye baby, nanti I call you ok,” ucapku dengan penuh kasih kepada seorang perempuan yang ku tiduri malam semalam. Aku menghantar perempuan tersebut ke pintu utama rumah dan mengucup pipi perempuan tersebut tanda selamat tinggal kemudian ku tutup pintu rumah dengan perasaan lega dan puas. Boleh tahan juga perempuan tersebut, muka campuran portugis, kulit putih gebu, rambut panjang yang sengaja diperangkan agar kelihatan lebih elegan, tapi sayang bukan aku yang merasmikan mahkotanya, sudah ada yang lelaki lain yang berjaya menakluki mahkota perempuan tersebut. Aku lantas kembali ke kamarku untuk sambung semula tidurku, hari ini hari minggu jadi aku tidak perlu terburu-buru untuk ke pejabat, lebih baik aku tidur dan berehat sahaja.
            Baru sahaja melelapkan mata, suara ayah ku nyaring berteriak memanggil namaku. Aku bingkas bangun dengan malasnya dengan mata yang masih terpejam pejam, aku gagahi memandu tubuhku menuju ke kamar ayahku. Pintu kamar ayah ku kuak dengan perlahan dan terlihatlah seorang lelaki berumur 56 tahun berdiri di tengah-tengah kamar dengan perkasanya memegang fail di tangannya. Ekspresi muka lelaki tersebut tidak bengis tetapi seakan-akan sedang mengalami kekecewaan yang teramat pedih ibarat tewas dalam pertandingan lumba lari, mata galaknya samar-samar sahaja kerana cermin mata yang menjadi bantuan panglihatannya memantulkan cahaya matahari yang masuk menerjah kamar tersebut melalui jendela yang terbuka dengan bangganya. Lelaki tersebut yang aku sanjung selama 28 tahun, yang aku kasihi, yang aku patuhi, tetapi sayangnya dia acapkalinya menguntumkan senyum kepadaku. Kalau ada pun hanya setahun sekali ketika ulangtahun kelahiran ku, selain daripada itu tidak pernah sekali dia tersenyum. Saat aku berjaya mengenggam ijazah ku, dia hanya mendiamkan diri dan tidak mengucapkan sepatah kata kepadaku walau pun ucapan tahniah! Aku pernah mempersoalkan hal tersebut kepada Mak Mah, pembantu rumah ku yang begitu akrab dengan ku sejak aku masih kecil lagi. Kata Mak Mah, ayah dahulunya seorang yang periang, penuh dengan keceriaan, tidak lokek dengan senyum, tetapi semua itu bertukar menjadi seorang lelaki yang penuh rahsia, tiada senyuman di bibir, yang ada hanya kekecewaan dan kesedihan, dan semua itu terjadi setelah aku dilahirkan di dunia ini manakala ibuku dipanggil mengadap Ilahi. Kadangkala aku berfikir bahawa ayah seakan-akan menyalahkan diri ku di atas kematian ibuku tetapi Mak Mah selalu berpesan bahawa ayah tidak pernah terlintas menyalahkanku bahkan ayah amat menyayangiku. Sejak kecil aku selalu berharap agar ayah dapat berbual-bual mesra dengan ku seperti mereka yang lain tetapi harapan itu aku kuburkan setelah usiaku menginjak 21 tahun kerana bagi ku, mengharapkan agar ayah dapat tersenyum dan berbual mesra dengan ku bakal mengambil masa seumur hidup jadi aku berhenti berharap.
            Ayah berdiri sambil menyelak-nyelak fail yang dipegangnya. Aku bersuara, “ayah panggil Riz ke? Ada apa ayah?” Ayah memandangku dan akhirnya dia membuka mulutnya, “ayah tak suka Riz bawa balik perempuan yang bukan muhrim ke rumah, apa yang Riz buat dengan dia? Riz tidur dengan dia dalam bilik berdua-duaan!” suara ayah tidak keras tetapi tegas, ia sudah cukup untuk membuatku berasa kerdil di hadapan ayah. “Kalau Riz rasa Riz dah bersedia nak beristeri, Riz kahwin, ayah izinkan Riz kahwin tapi ayah tak mahu Riz berzina, itu dosa besar!” sambung ayah dengan suara yang masih tegas. Aku memberanikan diri untuk menjawab, “Riz belum ready nak kahwin lah ayah, lecehlah nak ada isteri semua ini, besides, Riz bukan serius pun dengan perempuan tu ayah, just for fun je.” Mendengarakan jawapan ku yang bersahaja, ayah melemparkan fail yang dipegangnya itu ke muka ku dan tepat mengenai hidungku. Ayah kembali bersuara, “This is not about fun Riz! Riz dah dewasa, dah tahu bezakan mana yang baik dan mana yang buruk, from now on, Riz tidak dibenarkan untuk bawa balik perempuan ke rumah tanpa kebenaran ayah and I will be watching your every move!” Aku seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata ayah, aku mengatakan kepadanya bahawa ayah membuatku seperti aku masih kecil, aku sudah dewasa dan aku tidak memerlukan sesiapa untuk mengemudi pilihan hidupku tetapi dengan ayah aku lemah. Aku tidak berani untuk berkata tidak apabila merenung ke dalam mata ayah tambahan lagi apabila ayah mengugutku untuk menarik kembali Ferrari yang diberikan kepada ku dua tahun lalu sekiranya aku tidak menurut perintahku. Tanpa Ferrari tersebut, aku ibarat hilang separuh diriku, jadi aku bersetuju dengan kata-kata ayah.
            Selesai perbincangan tersebut, rasa mengantukku lenyap dan aku mencapai kunci Ferrari ku dan menuju ke luar rumah. Dalam keadaan yang masih bingung, aku tergesa-gesa menuju ke kereta dan ketika itu aku terlanggar seorang gadis bertudung yang tidak aku kenali. Aku tidak memandang wajahnya dan aku langsung tidak mengendahkan kejadian tersebut kerana aku masih dalam keadaan yang bingung. Ku pandu Ferrari kesayanganku dan meninggalkan perkarangan rumah.


1: MUHARRAM
            Hari ini aku masuk ke pejabat seperti biasa, mulakan hari aku dengan biasa, melangkah dengan bangganya ke dalam pejabat yang tertera megah nama dan jawatan ku di hadapan pintu pejabat ku, Mahathir Rizqin Dato’ Rashdan – Pengarah Eksekutif Axel Coorporation! Aku ditemani dengan ucapan selamat pagi oleh para pekerja ku sementara kaki ku melangkah dengan penuh cermat dan bersemangat. Aku masuk ke pejabat ku dan duduk di atas kerusi empuk yang menjadi idaman jutaan manusia, duduk di atas kerusi seorang Pengarah Eksekutif syarikat yang mempunyai kuasa ke atas semua aktiviti syarikat, kewangan, dan urusan perniagaan, semuanya di dalam genggaman ku.
            Aku capai gagang telefon ku dan menekan butang nombor meja setiausaha ku, tidak lama selepas itu gagang di meja setiausaha ku diangkat, “Hani, I nak you masuk bilik I sekarang,” kata ku kepada ku setiausaha ku dengan nada yang penuh makna. Aku letakkan gagang telefon ku tanpa mendengar jawapan daripada Hani kerana aku tahu wanita itu akan berada di pelukan ku dalam tempoh tidak kurang dari satu minit. Hani, gadis tinggi lampai, bau perfume-nya memang menggoyahkan nafsu ku kerana hampir ke semua perfume-nya dipilih dan dibeli oleh ku. Aku sudah dapat mendengarkan derapan kasut tumit tinggi Hani semakin hampir menuju ke pejabatku, aku tidak sabar lagi untuk merangkul Hani ke dalam dakapanku kerana memang sudah menjadi satu kewajipan bagi aku untuk mendapatkan semangat bekerja untuk setiap hari dengan kucupan daripada seorang wanita seperti Hani, pencetus inspirasi!
            Pintu pejabat ku dikuak, aku dengan rasa girangnya berdiri dan mengukir senyum tanda tidak sabar. Tetapi perasaan girang itu hilang serta merta, tiada lagi gejolak nafsu untuk merangkul Hani, lesap sudah keinginan untuk mendapatkan inspirasi daripada seorang wanita pada pagi itu.
            “Assalammualaikum Encik Rizqin, saya Mashitah, setiausaha baru Encik Rizqin mulai hari ini.” Wanita yang ku anggap Hani itu berkata dengan penuh tertib dan senyum terukir di bibirnya. Manis senyumannya membuatkan aku leka seketika, tetapi langsung tidak menarik minat ku kerana wanita bertudung, berbaju kurung yang menutup aurat dan segala anggota tubuh badannya sering menutup seleraku. Bagiku, anggota tubuh badan wanita harus dipamerkan agar dapat dinikmati lelaki seperti aku dan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mashitah di hadapan ku ini dan yang kononnya kini menjadi setiasusaha baru ku ternyata merupakan golongan wanita yang langsung tidak akan menjadi citarasa ku. Aku cepat-cepat mematikan lamunan ku dan bertanya kembali, “Mana Hani, saya tak pecat dia pun dan macam mana awak boleh menggantikan tempat dia kalau saya tak pernah ambil awak bekerja di sini? Awak ni siapa? Tiba-tiba masuk pejabat saya dan mengaku that you are now officially my new secretary,” bertubi-tubi soalan ku kepada wanita bertudung tersebut. “Saya dilantik oleh Dato’ Rashdan sendiri dan jikalau Encik Rizqin memerlukan kepastian dan persoalan lanjut, encik boleh hubungi Dato’ Rashdan sendiri,” dengan penuh yakin wanita tersebut menjawab soalan ku. Aku terus cuba menghubungi ayah ku dan memberikan isyarat tangan kepada wanita bertudung tersebut agar duduk sementara aku berhubung dengan ayah.
            Setelah tiga kali percubaan menghubungi ayah ku, akhirnya suara ayah kedengaran di hujung talian dan aku terus membedil ayah dengan semua persoalan yang tidak terjawab oleh wanita bertudung tersebut. “Ayah dah pecat Hani, perempuan tu bukan boleh buat kerja pun, Mashitah akan jadi setiausaha kamu mulai hari ini,” kata ayah dengan ketenangan. “Tapi ayah, Hani bagus, lagi pun Riz dah biasa kerja dengan Hani and…” belum sempat aku menghabiskan ayat, ayah memotong kata-kata ku, “apa yang bagus dengan budak Hani tu, she’s good as one of your entertainment, cemerlang dalam menggoda dan mengikis lelaki macam kamu! I don’t care whatever reason you have in your mind right now, ayah dah berkeputusan, Mashitah will be your secretary whether you like it or not and please treat her well!” Talian diputuskan dan aku terpinga-pinga dengan ketegasan ayah dalam menjadikan wanita bertudung yang masih tenang di hadapan ku sebagai setiausaha ku. Tidak pernah sekali pun dalam hidup ku menjadikan seorang wanita bertudung sebagai setiausaha ku tetapi kali ini aku terpaksa akur meskipun aku Pengarah Eksekutif syarikat, tapi ayah masih mempunyai kuasa sebagai Penasihat syarikat dan ayah akan sentiasa memantau aktiviti syarikat. Aku terpaksa menerima keputusan ayah dengan berat hati dan memandang wanita bertudung yang sedari tadi duduk dengan tenang tanpa sedikit pun rasa takut terhadapku.
            Sunyi seketika ruang di dalam pejabatku, aku tidak bersuara begitu juga wanita bertudung tersebut. Aku lalu memecahkan suasana yang penuh kejanggalan itu dan bersuara, “Baiklah, saya yakin sekarang yang awak merupakan setiausaha saya yang baru, siapa nama awak tadi?” Aku masih belum dapat menangkap nama wanita bertudung tersebut. “Mashitah, Siti Mashitah Binti Mahfuz encik,” jawab perempuan bertudung tersebut dengan penuh keyakinan. “Baiklah Mashitah, susah betul nak sebut nama awak ni, saya panggil awak Ita sahaja,” aku cuba mewujudkan kemesraan dengan setiausaha ku dan Ita tersenyum dan sekali lagi aku berasa tertarik dengan senyumannya tetapi sekali lagi aku menyangkal perasaan ku bahawa Ita tiada keistimewaannya. Aku mengarahkan agar Ita menyiapkan semua jadual temujanji ku untuk hari ini dan sebelum Ita melangkah keluar dari pejabat ku, aku sekali lagi bersuara, “Ita, kalau awak buka tudung dan pakai pakaian yang lebih seksi, mungkin awak akan nampak jauh lebih cantik daripada sekarang, lagi pun cuaca kat luar tu kan panas, sure awak berpeluh-peluh,” aku cuba memancing Ita untuk mengubah imej islamiahnya yang tidak senang pada mata ku. “Terima kasih atas saranan bernas Encik Rizqin itu, saya boleh melaksanakan keinginan Encik Rizqin tersebut tapi dengan syarat,” Ita berteka-teki dengan ku dan aku mula berasa teruja, “Apa dia syaratnya? Ita nak kereta? Nak baju branded? Cakap sahaja saya boleh uruskan,” kata ku dengan penuh yakin yang aku bakal menundukkan Ita. Ita tersenyum dan menggelengkan kepalanya, “Saya tak perlukan semua itu, saya akan bersetuju jika Encik Rizqin berjaya menukarkan perintah Allah di dalam Al-Quran yang membenarkan wanita mendedahkan aurat, memakai pakaian yang ketat, melepaskan rambut untuk tatapan lelaki maka saya akan bersetuju dengan cadangan Encik Rizqin.” Jawapan Ita membuat aku berasa terpukul ibarat dihentak besi di atas kepala ku, aku seakan-akan tidak percaya mendengarkan jawapan Ita dan aku tidak langung bersuara. Ita hanya mengukir senyum dan sebelum pintu pejabat ku ditutup, Ita menjengukkan kepalanya dan sekali lagi memandangku, “Oh by the way Encik Rizqin, saya tak berasa rimas dengan panas dekat luar tu since we all know that panas dekat dunia ni tiada tandingannya dengan panasnya api neraka yang 70 puluh kali ganda panasnya dari api di dunia ini. Assalammualaikum.” Ita menutup pintu pejabat ku dengan perlahan dan aku yang mendengarkan kata-kata Ita itu tercengang dan bisu seribu bahasa.

Rasulullah saw. bersabda, “Api kamu ini hanyalah satu bagian dari tujuh puluh bagian api di neraka jahannam.” Para sahabat mengatakan, ”Yang ini pun sudah cukup berat panasnya.” Berkata Nabi, ”Bahkan api neraka itu melebihi sebanyak enam puluh sembilan kali lipat panasnya api dunia.”
 Semenjak peristiwa yang agak memalukan buat ku tiga hari yang lalu, aku nekad untuk melakukan sesuatu bagi tidak menampakkan kejahilan ku terhadap agama. Tetapi apa yang aku mampu lakukan? Sememangnya terang lagi bersuluh aku memang bukan lelaki yang arif tentang hukum hakam agama, aku hebat memilih perempuan-perempuan sebagai teman tidur ku, cemerlang tentang hal-hal keduniaan, cekap berjudi, tapi satu perkara tentang agama ku sendiri pun aku tidak pernah mengerti. Yang aku tahu, kad pengenalan ku tertera bahawa aku beragama Islam. Islam pada nama! Itu yang sering diutarakan oleh ramai orang terhadap ku, ayah juga sering melabelkan gelaran itu kepada ku, Islam pada nama tapi tidak pada perbuatan, kelakuan, dan peradaban. Sejak aku berumur 12 tahun aku telah dihantar oleh ayah ke Amerika Syarikat untuk tinggal bersama dengan Uncle Remy, adik bongsu ayah yang menetap di sana kerana dia bekerja di sana tambahan lagi isterinya juga orang putih, Mat Salleh bak kata orang-orang Malaysia, isterinya yang ku panggil Auntie Sammy itu seorang wanita yang baik hati dan menyayangi ku ibarat anak sendiri, aku juga rapat dengan anak perempuan mereka, Alisya yang kini sudah menjangkau umur 15 tahun. 10 tahun aku menetap di sana, tidak pernah sekali pun aku menyentuh soal agama, aku hidup penuh dengan budaya kebaratan lebih-lebih lagi Uncle Remy tidak pernah menegah setiap perbuatan ku, dia sering berkata kepada ku, ‘You’re still young, enjoy your life and explore the world!’ Kata-kata Uncle Remy sering menjadi kegemaran ku kerana apabila aku ingatkan kembali kata-katanya itu, aku menjadi semakin bersemangat untuk terus mencuba setiap perkara yang ada di dalam dunia ini, bahaya atau tidak aku tidak pernah peduli, janji aku cuba dan mampu untuk lakukannya!
            Sepulangnya aku ke tanah air, aku tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana di Malaysia yang penuh dengan undang-undang yang merimaskan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama. Jika dahulu aku bebas melihat minah-minah salleh berpakaian seksi di mana-mana, tetapi di sini majoritinya bertutup-tutup, jalan sopan santun, aku jadi rimas! Berbeza pula dengan ayah, ayah sering ke masjid berhampiran kawasan perumahan kami, aku sering dengar dia mengaji apabila aku pulang rumah lewat, dan dia tak henti-henti menasihatkan ku tentang agama. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku tahu aku tidak akan pernah menang jika bertekak dengan ayah, tapi nasihat ayah hanya ibarat mencurahkan air ke daun keladi sahaja, aku tidak pernah ambil serius akan kata-katanya yang berkaitan dengan agama. Aku tidak tahu kenapa tetapi aku tidak ada minat untuk mengetahui tentang agama, aku masih muda dan semua hal tersebut belum boleh untuk aku telan dan amalkan dalam hidupku, aku masih mahu berseronok!
            Mashitah! Setiausaha baru ku yang tiga hari lalu satu-satunya wanita yang menolak pelawaan aku walaupun aku tidak pernah akan tertarik dengannya tapi aku berasa terhina atau mungkin aku berasa seperti kelakianku tercabar oleh seorang wanita bertudung yang di mata ku tidak punya keistimewaan. Mungkin aku tidak akan menang jika bertarung soal agama tetapi aku akan sentiasa menang jika ia melibatkan keseronokan, akan aku taburkan wanita tersebut dengan kesenangan dunia, aku mahu Mashitah tunduk dan mengaku kalah kepada ku dan sedar bahawa dia silap sekiranya dia fikir aku hanya akan berdiam diri, mungkin dia akan meletakkan jawatan selepas ini dan aku akan kembali mengambil Hani sebagai setiausaha ku, alangkah bahagianya.
***
            Hari ini aku ke pejabat lebih awal daripada biasa, aku punya misi hari ini dan aku mahu segalanya berjalan dengan lancar tanpa cacat cela. Aku berhenti di hadapan meja Mashitah yang sedang leka menaip sesuatu di komputernya, kedatangan ku disedarinya dan wanita tersebut dengan tenangnya berdiri dan menghadiahkan ku sekuntum senyuman tanda ucapan selamat pagi. “Hari ni awak kena ikut saya keluar jumpa client di One Utama! Jadi batalkan semua appointment saya untuk hari ini sebab client yang kita akan bakal jumpa hari ni sangat penting,” kata ku dengan nada yang tegas yang sengaja ku tekankan supaya menampakkan keegoan ku yang hakikatnya tebal. Mashitah menjawab, “client yang mana Encik Riz? Kenapa kena di One Utama dan tidak di tempat yang lebih praktik dan privacy?” “Client minta buat di sana, mana saya nak tahu, lagi pun company kita ni supply greeting card, bukan supply buku agama Cik Ita, so I don’t see any problem to have a meeting at public places and in fact the environment is not stressful! You still have a lot to learn about this company so just ikut sahaja apa saya cakap and stop asking silly question!” Aku meninggikan suara ku dan pekerja-pekerja yang berada di sekitar pantas memandang ke arah Mashitah dan aku. Aku terus berlalu menuju ke pejabat ku meninggalkan Mashitah yang terpinga-pinga dan mungkin menahan malu kerana diperhatikan oleh pekerja yang lain, serasa mahu sahaja aku melonjak dengan girangnya kerana berjaya membuatkan wanita yang kaya ilmu agama tersebut terdiam dan berasa bodoh.
            Jam 12 tengahari, aku sudah bersiap sedia untuk memulakan misi nakal ku terhadap Mashitah, aku dan Mashitah bergandingan menuju ke Ferrari ku yang betul-betul di-parking di hadapan pintu utama pejabat, khas untuk Ferrari ku sahaja! Aku masuk ke dalam kereta tetapi Mashitah masih tercegat di luar pintu sambil berpeluk tubuh. Aku turunkan tingkap kereta di bahagian tempat duduk penumpang dan mengarahkannya masuk. “Kenapa kita kena naik kereta ni? Kenapa Encik Riz tak guna kereta company yang lebih luas dan yang lebih praktikal untuk jumpa client?” Soal Mashitah dengan penuh kehairanan. “This is my baby, my wife! Saya selesa pakai kereta saya, lagi pun kereta company maybe tak dapat impress client tu nanti! She’s very important and it is important for us to show her our company capability,” aku cuba meyakinkan wanita degil ini untuk naik ke dalam kereta. “Oh macam tu, dengan memperagakan kereta mewah Encik Riz yang jika dijual mampu menampung kehidupan 10 buah keluarga yang fakir untuk tempoh setahun atau dua tahun ni dapat meyakinkan client untuk berurusan dengan company kita? Kenapa Encik Riz tak bawa sahaja client tu ke London ke, Australia ke untuk tingkatkan keyakinan dia dengan membawa dia naik kapal terbang kelas pertama semata-mata untuk mendapatkan tender?” Pedas ayat-ayat wanita ini, bisa untuk ku telan tapi aku terpaksa menahan emosi ku kerana hari ini aku tekad untuk berlakon yang aku seorang lelaki yang tidak mudah mengalah dengan kata-kata seorang perempuan lebih-lebih lagi perempuan seperti Mashitah. “Bernas juga idea awak tu Ita, awak ni memang cerdiklah, maybe next time saya akan usulkan kepada ayah saya tentang cadangan awak ni, mesti ayah bangga dengan awak lepas ni, tak sia-sia ayah ambil awak bekerja sebab awak ni memang pandai,” aku sengaja membabitkan nama ayah dalam perdebatan yang ku rasakan tidak berasas ini. Mashitah membeliakkan biji matanya, mencebik ke arah ku dan membuka pinta kereta dan masuk ke dalam dengan muka yang masam, aku tersenyum bangga kerana aku berjaya lagi menundukkan wanita yang kini penuh dengan kemarahan di sebelah ku. “Sila pakai seat bealt Cik Ita,” kata ku yang masih belum mahu menghentikan senyuman kemenanganku, Mashitah menarik-narik seat bealt dengan penuh geram dan berusaha untuk memasangnya tetapi dia seakan-akan tidak mampu melakukan perkara yang semudah itu dalam keadaannya yang sedang marah, ketawa kecil ku terdengar olehnya dan dia memandangku dengan penuh geram, aku berhenti ketawa dan cuba untuk membantunya memakai seat belt. “Duduk diam-diam, biar yang expert pasangkan. Tak tahu pula saya orang yang pandai ceramah agama ni tak tahu pakai seat bealt,” selamba sahaja aku tuturkan ayat tersebut. Mashitah bertambah geram, sekali lagi dia membeliakkan biji  matanya tetapi kali ini dia tersenyum, senyum itu, ya senyuman itu yang membuatkan aku berasa tak senang untuk memandang wajah wanita ini, aku berasa satu kelainan melihatkan senyumannya, aku berkhayal seketika tanpa aku sedari aku pun turut tersenyum sendirian sambil memandang wanita bertudung tersebut. Mashitah kemudiannya memetik jarinya dia hadapan wajah ku, “Encik Riz, memang tak pernah ada dalil tentang cara-cara memakai tali pinggang keledar kenderaan mewah, yang ada hanya doa menaiki kenderaan, apa kata Encik Riz baca kuat-kuat supaya perjalanan kita selamat dan diberkati, takkanlah pakai Ferrari doa naik kenderaan tak tahu kan?” Aduh! Sekali lagi aku dipersendakan oleh Mashitah, aku teragak-agak dan kelu untuk menjawab persoalan tersebut. “Eh mestilah saya tahu, OK cepat get ready tadah tangan, saya nak mula baca doa ni,” aku pun tak tahu apa yang aku sedang cuba lakukan tapi yang pasti aku bakal membadutkan diri aku di hadapan Mashitah dan ku lihat Mashitah sudah bersedia untuk mendengar doa yang tidak pernah ku tahu akan kewujudannya, doa menaiki kenderaan? Tidak pernah aku dengar doa tersebut, doa makan pun aku tak hafal, ini kan pula doa naik kereta. Aku tarik nafas dalam-dalam, berdehem sedikit dan dengan yakinnya aku memulakan doa ku, “Ya Allah, berkatilah perjalanan saya dan Mashitah ke One Utama, Amin.” Mashitah memandang ku dengan wajah yang terkejut sementara aku pula menahan malu kerana aku sedar aku aku telah memperbodohkan diri sendiri, Mashitah bersuara semula, “Amin, semoga diberkati oleh-Nya.” Mashitah memandang ku dan tersenyum, aku hairan dengan reaksi wanita tersebut yang langsung tidak mempersendakan doa ku, enjin kereta ku hidupkan dan meluncurlah Ferrari ku meninggalkan perkarangan pejabat.
***
            Sepanjang perjalanan ke One Utama, kami tidak banyak berbicara, Mashitah hanya membatukan diri, melihatkan keadaannya yang sudah tenang, idea nakal ku kembali berputar ligat dalam kepala ku. Destinasi tidaklah begitu jauh tetapi kesesakan lalu lintas mengakibatkan ketibaan di One Utama bakal tergendala untuk tempoh satu jam lagi. Aku mencapai CD David Guetta yang ku letakkan dalam porch hadapan dan 10 saat kemudian, berkumandanglah lagu rancak yang menjadi kegemaran ku, Memories yang menampilkan David Guetta berkolaborasi bersama dengan Kid Cudi. Aku meninggikan volume muzik dan dengan gembiranya menyanyi mengikut lirik lagu tersebut, Mashitah tergamam dan memandang ku dengan wajah seakan-akan menanggung marah. Aku suka melihat wajah marahnya, itu menandakan bahawa aku berjaya membuat wanita bertudung tersebut berasa tercabar. Sudah tiga lagu berlalu, tapi Mashitah tidak pula menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada ku, anggapanku dia akan menutup radio tersebut sambil memaki hamun diriku tapi dia langsung tidak mengendahkan taktik ku, aku jadi tidak keruan bimbang dia akan terus mendiamkan diri, sekiranya dia berterusan berlakon untuk bersabar maka aku akan bakal tewas dalam pusingan kali ini. Aku tidak akan mengalah, aku buka kedua-dua tingkap kereta dan memaksimakan muzik di radio dan memang tepat sangkaan ku, semua kereta di sekeliling memandang Ferrari ku dengan wajah yang penuh kebenciaan dan seakan-akan meluat dengan diri ku, bukan aku tidak biasa ditenung dan diperhatikan di jalan raya, bahkan memang menjadi kemestian bagi orang Malaysia yang suka memandang ibarat orang jakun apabila melihatkan kelibat Ferrari ku, tetapi pandangan mereka itu aku akui pandangan kagum dan keinginan untuk memiliki Ferrari ku, buat sekelian kalinya pandangan kagum itu berubah menjadi pandangan yang menjengkelkan terhadap Ferrari ku, aku biarkan sahaja asalkan aku berjaya membuatkan Mashitah berasa rimas dan berang.
            Mashitah mengerling ke arah jam tangannya dan masih lagi menahan sabar, aku berasa hairan dengan sikap wanita ini yang amat sukar untuk diramal. Dia tidak henti-henti melihat jam tangannya dan aku yakin dia sudah tidak sabar untuk sampai ke destinasi. “Kenapa Cik Ita? Pening ke duduk dalam kereta saya?” Perli aku dengan selamba, Mashitah hanya tersenyum dan masih lagi memerhatikan jam tangannya dan kemudian dengan pantasnya dia menukar mode CD ke radio, aku cuba menghalang tapi wanita tersebut lebih pantas dan seterusnya berkumandanglah azan di corong radio dengan kuatnya. “Sekarang dah masuk waktu Zohor, kan lebih baik kita menghormati azan Encik Riz,” sekali lagi aku terkena ibarat memakan diri sendiri, aku bersuara, “Tak sangka orang tak tahu pakai seat bealt pandai tukar channel radio kereta ya?” Aku tersenyum tanda aku masih mampu menang tipis meski dimalukan oleh Mashitah. Mashitah memandang ku dan tersenyum, kenderaan di sekeliling yang tadi penuh dengan kejengkelan kini memberikan senyuman dan mengangguk-anggukkan kepala mereka kepada ku, ada juga yang mengangkat tangan, aku berasa hairan dan ketika itulah aku ingin cepat tiba di One Utama.

bersambung.....



OK dah habis takat tu je.... hahahahahaha... kalau rasa cambest aku sambung... huahuahua... tata...

:)

Saturday, November 12, 2011

.....

Nothing much! Frustrated... totally!

kbai...

:(

Thursday, November 10, 2011

Cakar Ayam

Entri ni tak ada kaitan dengan tulisan cakar ayam pun... Saje je nak ala-ala metafora sikit kannn sebab entri ni macam bercampur aduk sikit kisahnya.. hihihi.... Belum apa-apa lagi dah merapu meraban... maaf!

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, aku nak luahkan yg aku sangat sunyi dan sepi dan lonely dan seangkatan dengannya! Rasa macam nak mendirikan rumah tangga je.... hahahahaha... sangat overlah statement kan! Jadi gadis-gadis sunti sahaja dibenarkan masuk meminang aku (confirm awak tak menyesal kahwin dengan lelaki jambu comel cute gila mcm aku! ehem ehem... )!

Tengok dahlah kiut, pakai kopiah lagi.... hahahahahaha
Biasalah bila balik keja lewat-lewat malam rasa mcm xd life ke aku ni? Pegi keja pun mcm adoi apa ni, rutin yg sama, sungguh membosankan ya... Kan best kalau celik mata je ada org kat sebelah usap-usap rambut kita kejut bangun tidur... woooohuuuuuuu sangat intim situasi itu, terus masuk opis lambat! huahauahaua (ok2 stop berbaur kelucahan, 18SX!)

Tapi nak kahwin tak ada duit la pulak kan, so feeling2 jelah, takut bila kahwin muda-muda ni karang aku menyesal pulak, mesti aku akan buat kenyataan klise, "saya masih belum puas menikmati dunia muda, jadi jangan sekat kehidupan saya!" giicchhiiewwww kann momen aku nasihat bini! hahahahaha...

Aku masih mahu berSOSIAL! hahahaha
Ala biasalah setiap orang pun bila dah masuk usia aku ni (baru 23 je pun), bila dah ada karier (kelasss) sendiri mesti rasa mcm ada kekosongan, ada sesuatu yg tidak lengkap dalam kehidupan ku ini dan mesti dipenuhi bagi mencapai orgasm ( eeh ko dah kenapa?), mungkin ada yg tak gedik mcm aku tapi aku yakin org yg single mingle meletop kebabom altantuya mcm aku ni tengah rasa mcm ni, kennnnn???? ko jgn nk propa lah ckp aku bahagia dengan dunia single! Aku rejam kau nanti... huahuahua...

Sehubungan dengan itu, aku mengumumkan bahawa aku nak buat misi mencari kekasih lah, manalah tahu kan ada yg sangkut ke so bolehlah i memenuhi jiwa ku yg kosong ini! kikikiki,... sesiapa yg rasa ada kriteria, sila add FB aku kat sebelah tu.... hahahahaha (promosi tak masuk akal! gila!)

Okaylah sudah-sudahlah merepek ni, aku nak komen sikit (ala-ala pengkritik realiti tv tu) pasal novel yg aku baru beli, tajuk dia AKU BUKAN MALAIKAT, letopkan tajuk dia! Mula-mula aku amik novel sekuel dia, DIA BUKAN NABI, baca sinopsis tengok ada novel yg 1st so aku paksa org kt MPH tu carik sampai jumpa... So tersenyum puaslah aku dapat beli dua2 novel tu (tidak lupa juga novel Andrea Hirata yg aku belum baca lagi...)

Ni novel pertama dia, I'M NOT AN ANGEL
This one 2nd book, HE'S NOT A PROPHET
Memandangkan tajuk dah letop, so aku pun dengan tidak sabar menyelak halaman pertama buku itu, mula-mula aku macam ok, then selepas beberapa muka surat aku mula rasa gaya penulisan novel itu tidak kena dengan jiwa aku, biasalah selalu aku baca novel Pak Habib, Andrea Hirata, Faisal Tehrani (kadang2), kalau Malaysia pulak ada tapi aku tak ingat, jadi penulisannya amatlah berbeza...

Tak sabar nak baca buku Andrea ni... hihihi
Maaf kepada penulis, anda terlalu mengulang banyak perkataan serupa hingga mematikan minat aku untuk terus membaca (tapi aku baca je...), contohnya perkataan DAUN PINTU dan TEMPURUNG KEPALA yg seringkali diulang-ulang, pantang ada perkataan pintu mesti akan ada daun, boleh je tak letak daun tu, pakai pintu sudah, takpun pusing lain sikitlah, bila jadi berulang penulisan anda nampak seperti karangan sekolah menengah (maaf ye kritik, tapi ini pendapat saya, cehh bajet penulis dia RUDY HIRDY tu nak baca blog aku ke... hahhahahahha)...

Lagi satu, penceritaan dia je dah macam agak 'berangan', aku faham jiwa penulis tapi cara anda 'membebaskan' imaginasi serta 'karakter' anda terlampau jelas hinggakan aku rasa kenapa dia ni macam heroin? Perlu ke dia ni disayangi semua orang, modalnya dia anak yatim dan kuat agama... hmmm klise lah.... Tolong kreatif dan tolong buat kajian sikit ketika menulis, jangan main tulis je seolah-olah anda ada maklumat tentang sesuatu sedangkan anda tiada maklumat itu!

Maksud aku di sini ialah penulis bercakap tentang penyakit H1NI, dia menyatakan bahawa ramai yang telah mati disebabkan virus itu? Adakah benar kenyataan itu, atau adakah dia sepatutnya tulis ramai yang dijangkiti virus itu? Hmmm, jadi isu besar pulak kan, tapi tulah aku kalau membaca novel ni aku agak selective sikit, kalau penulisan dah ke laut, adoi sorrylah....

Ya aku bukan penulis novel, aku penulis rencana kat surat khabar je, tapi tahulah serba sedikit tentang penulisan... giiccchiiewww... aku pun tengah buat novel dan masih dalam penulisan (habislah kalau berjaya publish kena keji dgn org2 mcm aku ni! hahahahaha)...

Apa-apa pun, tahniah buat penulis sebab dalam usia muda anda dah ada beberapa buah novel yg sudah diterbitkan, sila belajar dari kesilapan ya... kbai aku ngantuk....

Sedap pulak kalau dapat baring atas snow... Oh amat rindu salji...
:)